Saturday, 7 May 2011

TAHNIAH UMNO BAHAGIAN BATU

Mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Batu yang berlangsung hari ini melihatkan pertandingan wakil  7 (G7) tidak dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada UMNO bahgian Batu yang begitu akrab perhubungannya. Majlis perasmian telah di sempurnakan oleh YB Senator Datuk Raja Nong Chik selaku Menteri Wilayah diadakan lebih kurang jam 1 tengah hari.
Mesyuarat perwakilan hari ini telah melihat perwakilan hadir sejak pukul 8 pagi dimana ucapan alu-aluan dari Ketua UMNO bahagian iaitu Datuk Yahya Mat Ghani atau lebih mesra dipanggil dengan nama Tok Abas bermula lebih kurang jam 11 pagi.
Dalam ucapan alu-aluan Ketua Bahagian pada hari ini, beliau banyak menyentuh kepada usaha untuk memberi kebaikan serta keselesaan kepada rakyat sekitar kawasan Batu. Beliau turut menceritakan kepada YB Menteri Wilayah yang mana bahagian Batu telah mengadakan pertandingan Golf Amal demi untuk mencari sumber bagi membeli sebuah Van untuk kegunaan UMNO bahagian. Beliau juga telah menarik perhatian Yang Berhormat serta perwakilan dimana beliau telah memohon supaya UMNO bahagian Batu diberi kawasan untuk membina sebuah bangunan untuk di bangun sebuah pejabat bagi urusan pentadbiran UMNO Bahgian dan kertas kerja untuk itu telah pun siap di buat.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah banyak kali menyokong permohonan untuk mendapatkan PPR bagi penduduk di kawasan Batu. Dan hari ini juga penyerahan surat tawaran kepada seramai 70 orang penerima yang layak turut diadakan. Dalam ucapan beliau lagi, beliau telah menyuarakan beberapa hasrat terutamanya masalah tiga buah kawasan setinggan yang masih lagi wujud di kawasan Batu. Beliau telah menyuarakan bahawa penduduk-penduduk kawasan setinggan ini semuanya dikalangan orang susah dan beliau meminta kepada Yang Berhormat Menteri supaya memberi perhatian dalam masalah-masalah ini.
Beliau juga menyuarakan kekecewaan beliau dimana ICU Jabatan Perdana Menteri hanya memberikan bantuan sebanyak RM 300 ribu kepada bahagian Batu dan wang bantuan ini perlu dikongsi dengan semua parti komponen, bantuan yang sebanyak itu tidak mungkin dapat membantu dalam menyelesaikan masalah penduduk serta pengundi, kata beliau lagi. Beliau juga memohon seperti mana dalam ucapan beliau semasa mesyuarat perwakilan UMNO Malaysia bahawa Kementerian Wilayah perlu untuk mewujudkan jawatan Kuasa keselamatan Bandar, ini kerana rakyat atau penduduk adalah sukar untuk mendapatkan sokongan dari ketua-ketua UMNO cawangan, kerana sokongan UMNO cawangan tidak boleh diguna pakai.
Sementara itu dalam ucapan perasmian YB Senator Datuk Raja Nong Chik pula, beliau telah menyatakan bahawa segala luahan yang dikemukakan oleh Ketua Bahagian tadi akan di bawa dalam mesyuarat dan beliau juga telah berjanji akan berjuang untuk kesejahteraan rakyat serta pengundi di kawasan parlimen Batu. Dalam ucapan itu juga beliau telah menyatakan bahawa JKKB telah diluluskan oleh Kementerian Wilayah dan buat sementara ini PutraJaya adalah kawasan pertama yang akan melaksanakan JKKB.
Dalam majlis mesyuarat ini juga telah menyaksikan Yang Berhormat Menteri telah merasmikan penggunaan Van UMNO bahagian yang telah di beli melalui wang kutipan kejohanan Golf amal pada bulan Mac yang lalu.

No comments:

Post a Comment