Friday, 15 April 2011

ULAR SAWA 24 KAKI ANWAR PEMBELIT

Kalau dulu YB N.Gobalakrishnan mengatakan bahawa dalam PKR ada kepincangan, kini Datuk S.Nalakarupan yang juga merupakan sahabat baik Anwar Ibrahim selama hampir 30 tahun pula mengatakan bahawa beliau memang pembohong serta sedang cuba untuk menipu rakyat dengan membawa agenda yang dikatakan akan membawa perubahan kepada rakyat Malaysia.
Datuk S.Nalakarupan yang dulunya begitu akrab memberitahu kepada sidang media bahawa Anwar Ibrahim yang beliau kenali memang seorang pembelit, mampu untuk berjanji tetapi tidak mampu untuk melaksanakan apa yang beliau janjikan.
Beliau juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Sarawak yang akan keluar mengundi pada 16 April ini supaya jangan terpedaya dengan apa yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim kerana itu semua hanya satu pembohongan.
Kini sudah terbukti bahawa anwar Ibrahim memang penipu, manakan tidak, sahabat karib beliau sendiri iaitu Datuk S.Nalakarupan yang mendedahkan begitu. Mengikut kata beliau lagi semasa Anwar Ibrahim ditangkap pada tahun 1998, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa itu semua satu konspirasi yang dibuat oleh pemimpin UMNO bagi menjatuhkan beliau, bagaimana pula dengan kes liwat yang melibatkan Saiful dan bagaimana pula kes video lucah yang sedang hangat di perkatakan sekarang. Jadi kepada seluruh rakyat Malaysia, sangkakala bermohon kepada semua supaya janganlah kita percaya lagi pada Anwar yang sudah terang dan nyata kepincangan hidupnya.

No comments:

Post a Comment