Pada sebelah malam 7hb april 2011, suami puteri masuk hospital Sungai Buluh pada jam 1 pagi sebab diserang penyakit asma. Sesampai nya puteri di sana kami puteri telah meminta supaya pembantu kesihatan atau HA untuk member bantuan kerana suami puteri berada dalam kereta dalam keadaan separuh sedar. Alhamdulillah dating 2 orang pembantu perubatan lelaki memberikan bantuan dengan begitu pantas sekali.
Suami puteri dimasukkan ke wad kecemasan dam bilik Zon Kuning (puteri pun tak tau itu bilik untuk apa). Beberapa orang seorang jururawat wanita dan seorang jurarawat lelaki memberikan bantuan. Tapi apa yang menghairankan puteri biasanya pesakit asma diberi gas oksigen untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami oleh pesakit, tapi puteri tengok takde pulak prosedur seperti itu di jalankan. Pada pendapat puteri biarlah mereka menjalankan tugas mereka, kerana mereka lebih arif dalam memberikan rawatan.
Jururawat lelaki (tidak di ketahui namanya) mengarahkan puteri supaya keluar sementara mereka memberikan rawatan. Puteri akur dengan arahan tersebut dan puteri serta mak keluar ke bahagian menunggu di pintu masuk wad kecemasan. Dalam hati puteri hanya Allah yang tahu betapa risaunya puteri pada masa tu.
Setelah hampir 1 jam, puteri masuk semula kedalam bilik Zon Kuning tersebut dan puteri lihat suami sudah mampu untuk membuka mata. Alhamdulillah, lega rasanya. Suami puteri memanggil puteri dan beliau berkata “saya nak balik”, terkejut juga puteri, kenapa suami puteri cakap macam tu. Lepas tu dia cakap lagi “bawa saya ke hospital lain kalau para doctor kat sini tak tau nak buat apa-apa”, sekali lagi puteri terkejut. Puteri pergi berjumpa dengan Doktor dan bertanya apa langkah seterusnya? Doktor menjawab tak ada apa-apa rawatan setakat ni. Doktor nak bawa suami puteri untuk x-ray, puteri ikut sekali. Selesai di bilik x-ray, suami puteri di bawa ke bilik di mana dia di tempatkan tadi. Puteri bertanya kepada doktor sama ada puteri boleh bawa suami untuk pulang. Doktor berkenaan mengatakan tunggu x-ray. Puteri ingatkan nak x-ray sekali lagi, puteri pun kata le dia baru keluar dari bilik x-ray. Alangkah terkejutnya puteri bila doktor tersebut (Dr Uma) mengherdik puteri dengan mengatakan “I know what I do, ok”, wah.. inikah gelagat doktor di hospital ni, puetri hanya bertanya, Takpelah, puteri masih lagi bersabar. Suami puteri minta supaya puteri tanya nama salah seorang jururawat yang ada di situ. Puteri pun tanya dan jururawat tersebut menjawab namanya ASIAH.
Sampai lah masanya suami puteri diberi kebenaran untuk pulang. Rupanya suami puteri kata sebab dia ajak balik tadi bila jururawat yang bernama Asiah tu mengatakan kepada suami puteri “baik kau sedar, kalau kau tak sedar aku cucuk seratus jarum kat badan kau”, darah puteri mula mendidih, ini ke yang dikatakan mesra pelanggan? Mana piagam yang dilaung-laungkan oleh kementerian kesihatan, puteri minta sangat le pada Menteri atau Timb. Menteri kesihatan agar mengambil berat hal-hal sebegini. Apa yang lebih mengecewakan lagi bila suami puteri kata jururawat tersebut mendakwa bahawa suami puteri mungkin ketagihan dadah atau ubat, puteri amat kenal dengan suami puteri, setiap 3 bulan dia mesti pergi ke hospital untuk menderma darah. Harapan puteri supaya Kementerian Kesihatan memantau petugas-petugas seperti ini.